::..Sambutan Hari Belia Kebangsaan..::



Sambutan Hari Belia Kebangsaan merupakan salah satu daripada acara tahunan yang utama anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.  Hari Belia Kebangsaan disambut pada 1 Ogos setiap tahun dengan mengumpulkan para belia di negara ini dengan tujuan yang bermakna.  Para belia yang terdiri dari pelbagai latar belakang akan berkumpul pada hari tersebut.  Pengishtiharan Hari Belia oleh Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi 1 Ogos dijadikan sebagai Hari Belia Kebangsaan adalah satu pengiktirafan dan penghargaan terhadap pergerakan belia di negara ini. 
Dalam usaha membangun belia di negara ini Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa memberikan perhatian yang penuh melalui penyediaan berterusan program-program pembangunan kapasiti, kemudahan-kemudahan prasarana, infrastruktur dan bantuan fisikal dan fiskal.
Selain daripada itu, Hari Belia Kebangsaan juga merupakan ‘platform’ kepada para belia untuk mengadakan perjumpaan khusus bagi menghargai sumbangan dalam pembangunan belia.



TUJUAN
Untuk memartabatkan pergerakan belia dengan memperingati dan menyambut Hari Belia Kebangsaan.
Untuk mengumpulkan belia-belia di seluruh negara dalam satu perhimpunan dengan aktibiti-aktibiti yang bermakna.
Untuk memberi peluang kepada belia-belia berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan dan pendapat dari berbagai aspek.
Untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan menjana integrasi di kalangan generasi belia.



Terima Kasih Membacanya :)

No comments:

Post a Comment

tinggalkan pesanan di sini