::..Konvoi Superbike & Supercar Sambutan Hari Belia Negara 2011..::



Aktiviti ini dianjurkan bagi mengisi masa yang terluang dengan perkara perkara yang memberikan manfaat kepada semua belia di Malaysia. . . Aktiviti ini juga dapat mengeratkan lagi sillaturahim di antara masyarakat kita. . . Para belia akan menggelakkan diri mereka daripada melakukan perkara perkara yang tidak berfaedah. . . Di samping itu , dapat menggalakkan lagi belia di Malaysia bersemangat untuk meningkatkan lagi martabat dan ekonomi negara ini . . . Ayuhlah kita bersama sama perjuangkan tanah air kita. . . Malaysia Boleh . . . ! ! !

Terima Kasih Membacanya :)

::..KBS sasar sejuta belia pada Perhimpunan Hari Belia 15 Mei..::


Kementerian Belia dan Sukan menyasarkan untuk mengumpulkan sejuta belia dari seluruh negara sempena Perhimpunan Hari Belia peringkat kebangsaan yang dijadualkan pada 15 Mei di Putrajaya.Timbalan menterinya, Datuk Razali Ibrahim berkata, pada tahun lepas, kira-kira 250,000 remaja dikumpulkan pada perhimpunan sama yang berlangsung selama tiga hari.

"Jadi kita optimis dan Jemaah Menteri minta KBS memberikan sasaran untuk dikumpulkan. Sudah tentu 88 program (belia) itu kita tambah lagi dengan ratusan program tahun ini. (Program) tahun lepas akan kita kembangkan lagi," katanya.

Terdahulu, Razali merasmikan Karnival Semarak 1Belia 1Malaysia di Kompleks Belia dan Sukan Kuala Lumpur di Kampung Pandan di sini hari ini.Karnival sehari anjuran Majlis Belia Wilayah Persekutuan dengan kerjasama KBS itu diadakan bertujuan memupuk semangat cintakan sukan di kalangan belia selain menjadikan aktiviti bersukan sebagai riadah bermanfaat.

Sejumlah 45 acara sukan diadakan seperti cyber games, bola jaring 3 lawan 3 dan futsal selain pameran oleh beberapa jabatan kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dan Rakan Cop. Razali berkata kerajaan akan meneruskan pemberian geran untuk menjalankan aktiviti belia dan sukan kepada jabatan sukan di peringkat daerah dan negeri.

"Biasanya geran ini tidak mencukupi untuk mereka melaksanakan program, memadai untuk pentadbiran sahaja," katanya, sambil menambah kata geran itu diberikan berdasarkan keaktifan persatuan mengadakan program yang melibatkan belia di kawasan masing-masing. - UTUSAN ONLINE





Terima Kasih Membacanya :)

::..Sambutan Hari Belia Kebangsaan..::



Sambutan Hari Belia Kebangsaan merupakan salah satu daripada acara tahunan yang utama anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.  Hari Belia Kebangsaan disambut pada 1 Ogos setiap tahun dengan mengumpulkan para belia di negara ini dengan tujuan yang bermakna.  Para belia yang terdiri dari pelbagai latar belakang akan berkumpul pada hari tersebut.  Pengishtiharan Hari Belia oleh Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi 1 Ogos dijadikan sebagai Hari Belia Kebangsaan adalah satu pengiktirafan dan penghargaan terhadap pergerakan belia di negara ini. 
Dalam usaha membangun belia di negara ini Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa memberikan perhatian yang penuh melalui penyediaan berterusan program-program pembangunan kapasiti, kemudahan-kemudahan prasarana, infrastruktur dan bantuan fisikal dan fiskal.
Selain daripada itu, Hari Belia Kebangsaan juga merupakan ‘platform’ kepada para belia untuk mengadakan perjumpaan khusus bagi menghargai sumbangan dalam pembangunan belia.



TUJUAN
Untuk memartabatkan pergerakan belia dengan memperingati dan menyambut Hari Belia Kebangsaan.
Untuk mengumpulkan belia-belia di seluruh negara dalam satu perhimpunan dengan aktibiti-aktibiti yang bermakna.
Untuk memberi peluang kepada belia-belia berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan dan pendapat dari berbagai aspek.
Untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan menjana integrasi di kalangan generasi belia.



Terima Kasih Membacanya :)

::.. DASAR PEMBANGUNAN BELIA NEGARA ..::



1. Pendahuluan
1.1. Generasi belia merupakan sumber terbesar dalam negara dan 
mereka berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan 
negara.
1.2. Keupayaan mengembleng tenaga belia akan menentukan 
kekuatan dan ketahanan pembangunan sosial, ekonomi dan 
politik negara.
2. Takrif Belia
2.1. Dari segi umur belia ialah mereka yang berumur antara 15 hingga 
40 tahun.  Walau bagaimanapun dari segi strategi pelaksanaan 
program dan orientasi aktiviti, tumpuan utama ialah mereka yang 
berumur 18 hingga 25 tahun.
3. Matlamat
3.1. Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang 
bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, 
bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik
serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran 
bangsa, agama dan negara selaras dengan Wawasan 2020.
4. Strategi
Untuk mencapai Dasar Pembangunan Belia Negara beberapa strategi 
akan dilaksanakan:-
4.1. Pembangunan Ilmu
Usaha akan dipertingkatkan ke arah mengembangkan ilmu 
pengetahuan di dalam berbagai aspek sebagai tunggak kepada 
pembangunan dan kemantapan generasi belia.
4.2. Pembentukan Sikap
Usaha ke arah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan 
sikap yang positif dan kreatif akan dipupuk di kalangan belia bagi 
menghadapi cabaran semasa dan akan datang.
4.3. Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan
Mempersiapkan generasi belia dengan teknologi terkini, 
kemahiran teknik dan vokasional serta kegiatan keusahawanan 
selaras dengan kehendak pembangunan negara.
4.4. Pemupukan Gaya Hidup Sihat
Generasi belia digalakan menyertai persatuan atau aktiviti 
sukarela yang dapat memupuk gaya hidup yang sihat, cergas dan 
dinamik. Amalan ini akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin 
yang bertanggungjawab dan berkualiti.
4.5. Kemudahan Interaksi Sosial
Mempertingkatkan kemudahan yang sesuai bagi menggalakkan 
aktiviti dan interaksi sosial yang sihat di kalangan belia dan 
masyarakat.
4.6. Perkongsian Dalam Pembangunan
Menggunakan perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan, 
swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk pembangunan 
generasi belia.
4.7. Jaringan Hubungan Antarabangsa
Menggalakkan generasi belia meningkatkan jaringan dan 
interaksi dengan masyarakat antarabangsa.
5. Pelan Tindakan
Strategi di atas akan dilaksanakan melalui tindakan berikut:-
5.1. Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada generasi 
muda yang dianjurkan bersama oleh agensi sektor awam, swasta, 
pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan.
5.2. Mengukuhkan program pembangunan kepimpinan dan bina 
sahsiah bagi membina kekuatan diri, institusi kekeluargaan, 
keagamaan dan kemasyarakatan supaya generasi belia dapat 
berperanan dengan berkesan.
5.3. Memantapkan program latihan kemahiran, peluang perniagaan 
dan keusahawanan supaya generasi belia mampu berdikari dan 
membina kerjaya yang cemerlang.
5.4. Mengupayakan pertubuhan belia supaya dapat menarik minat 
golongan belia dan masyarakat menyokong dan menyertai aktiviti 
yang di anjurkan.
5.5. Menyediakan peluang dan kemudahan kepada golongan belia 
untuk memajukan diri dalam bidang sosial dan ekonomi.
5.6. Meningkatkan semangat kesukarelawanan dan patriotisme
melalui kerja-kerja amal, kebajikan dan kemasyarakatan.
5.7. Memberi kefahaman generasi belia tentang konsep persejagatan 
(Globalisasi) dan kepentingan hubungan mereka dengan agensi 
kerajaan, swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan 
kerajaan serta jaringan antarabangsa.
5.8. Menyediakan prasarana dan mekanisme yang sesuai bagi 
kegiatan penyelidikan belia termasuk pematauan dan penilaian.
6. Prinsip Pelaksanaan
Semua program dan aktiviti diselaraskan berasaskan strategi dan pelan 
tindakan yang telah ditentukan berteraskan kepada Prinsip-prinsip 
Rukun Negara dan dasar-dasar utama negara yang berkaitan.
7. Rumusan
Dasar Pembangunan Belia Negara adalah panduan yang dapat memberi 
peluang dan ruang kepada semua pihak dalam merancang dan 
melaksanakan program untuk memperkasakan pembangunan belia.

(Dasar digubal pada tahun 1985 sempena Perayaan Tahun Belia Antarabangsa yang pertama dan dikaji semula pada tahun 1997 yang kemudiannya dinamakan Dasar Pembangunan Belia Negara)

Terima Kasih Membacanya :)

::.. IsU SeMaSa ..::

Silat Lenyapkan Sorokan Indonesia . . .


JAKARTA – Sorakan daripada penyokong Indonesia ternyata tidak menggentarkan pesilat lelaki negara, Ahmad Shahril Zailudin bagi memburu pingat emas Sukan SEA 2011.
Sebaliknya, Shahril tampil bagai wira apabila mengetepikan cabaran pesilat Indonesia, Sapto Purnomo dalam acara silat olahraga Kelas D 60-65 kilogram lelaki semalam.
Ternyata kejayaan Shahril membawa pulang pingat emas sedikit sebanyak ‘meragut’ impian tuan rumah untuk mendominasi acara tersebut yang dibelenggu kontroversi berhubung pemilihan juri.
Tanpa belas ehsan, Shahril mudah ‘meratah’ lawannya itu sehingga mampu memukau penyokong tuan rumah dan pihak juri yang menghadiahkannya kemenangan 5-0.
Shahril berkata, dia telah menanamkan tekad untuk meraih emas, sekali gus memastikan lagu Negaraku berkumandang buat kali pertama di Padepokan Pencak Silat, Taman Mini Indonesia Indah (TMII) Jakarta Timur.
“Dalam pertarungan pertama dan kedua, memang jelas pihak juri memihak kepada pesilat tuan rumah.
“Bagaimanapun, pada perlawanan ketiga, rezeki memihak kepada saya kerana juri tidak dapat menafikan serangan yang saya lakukan memang berhak diberi mata dan akhirnya menang 5-0,” kata Shahril semalam.
Shahril berkata, kejayaannya meraih emas itu dianggap lebih bermakna kerana dapat menumbangkan pesilat tuan rumah yang mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri.
“Saya amat berpuas hati kerana berjaya membalas dendam ke atas Sapto kerana saya kalah hanya satu mata kepadanya pada peringkat separuh akhir Kejohanan Dunia di venue sama tahun lalu.
Di sebalik kegembiraan meraih emas, Shahril mengakui, dia kini sedang memikirkan untuk mengakhiri kariernya di peringkat antarabangsa,” jelasnya yang membuat lima penampilan di Sukan SEA.
Sejurus kejayaan Shahril, skuad silat negara terus berpesta apabila menambah dua lagi koleksi emas.
Dua pingat emas tersebut hadir menerusi Mohd. Al Jufferi Jamari dalam Kelas E 65kg-70kg lelaki dan Mohd. Fauzi Khalid (Kelas F 70-75kg lelaki).
Mohd. Al Jufferi menyingkirkan pesilat Vietnam, Nguyen Duy Chien, manakala Mohd. Fauzi membenam cabaran atlet Thailand, Katahat Raksapon pada saingan akhir.
Bola Sepak Sukan SEA: Malaysia Tewaskan Indonesia. . .

KUALA LUMPUR, (Arena.my) – Malaysia mara ke pusingan kalah mati dengan menewaskan Indonesia 1-0 di hadapan hampir 80, 000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno.
Ledakan Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-17 itu melenyapkan ego tuan rumah yang sebelum ini begitu yakin mampu menjinakkan Harimau Muda.
Syahrul Azwari yang baru beberapa minit dimasukkan bagi menggantikan Wan Zaharul Nizam Zakaria pantas mencipta namanya selaku penjaring dalam temasya kali ini selepas dia berjaya memperdayakan membaca hantaran jauh daripada Mahali Jasuli.
Awal babak 45 minit permainan berlangsung dengan seimbang yang menyaksikan Sang Garuda Muda hanya menurunkan barisan keduanya.
Para pemain Malaysia beraksi dengan penuh disiplin di setiap jentera terutamanya bahagian pertahanan yang begitu ampuh mematahkan gerakan lawan.
Titus Bonnai yang menerajui bahagian serangan Indonesia jelas tidak memiliki idea untuk menguji Khairul Fahmi Che Mat.
Asraruddin Putra Omar hampir mengukuh kedudukan Malaysia ketika naik dalam situasi sepakan percuma namun tandukannya terkena palang gol Indonesia.
Kelibat bek kiri itu sekali lagi menghadirkan ancaman buat pertahanan lawan, sayangnya Izzaq Faris Ramlan lambat membaca gerakan tinggi itu.
Perlawanan terus berlangsung seimbang namun corak hantaran jauh serta larian deras daripada pemain sayap banyak mengkucar-kacirkan pertahanan Sang Garuda yang melepaskan tujuh sepakan penjuru.
Permainan berlangsung agak berhati-hati sebaik disambung semula. Titus Bonnai terlebih dahulu beroleh peluang meloloskan diri tetapi terperangkap dengan jerat ofsaid.
Pertahanan Malaysia terus leka, mujur Ferdinand Sinaga sekadar mampu membuat tampanan liar sungguhpun tidak dikawal. Sekali lagi Indonesia menggunakan pemain sayap untuk mencipta peluang tetapi kali ini Khairul Fahmi lebih bersedia.
Beberapa kali, permainan terpaksa dihentikan kerana tonggak Malaysia sering dikasari namun pengadil memilih untuk memberi kata dua kepada pemain lawan.
Pada minit ke-68, Ong Kim Swee menerima padah apabila diarah meninggalkan bangku simpanan ekoran bantahannya terhadap pengadil selepas menyaksikan Syahrul Azwari dibentes keras oleh Ferdinand Sinaga.
Malaysia mampu membunuh sisa perjuangan Sang Garuda lebih awal seandainya bahagian penyerang lebih peka untuk memanfaatkan peluang yang dicipta rakan sepasukannya apabila dia terlepas hampir lima peluang menarik di depan gol.
Pada minit ke-74, sepakan percuma Baddrol melintasi beberapa pemain di depan gawang Indonesia tanpa cuba disambar oleh sesiapa.
Dalam 10 minit terakhir, kawalan bola pemain negara agak longgar sehingga dipintas oleh pemain lawan termasuk Baddrol yang mendorong pengadil menghukumnya dengan kad kuning.
Sebelum memasuki masa kecederaan, Izzaq gagal mempamerkan sentuhan berbisanya ketika diperlukan apabila dia tergelincir dalam kotak penalti.
Jaringan tunggal Syahrul Azwari itu sudah cukup untuk meletakkan Malaysia selaku juara Kumpulan A untuk bertemu Myanmar di peringkat separuh akhir nanti pada 19 Nov ini.







Terima Kasih Membacanya :)

::.. Perkenalan Diri ..::

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia . . .
blog ini dihasilkan oleh Nur Aisyah & Nurasmanira. . .
ia telah dihasilkan & dihiasi pada 18/11/2011. . .
semoga p'knln dan penerangan serba sedikit disini menarik minat anda untuk menbacanya. . . 

semoga kita dapat berkongsi pelbagai cerita dan info yg b'manfaat . . 
kami memohon maaf jika t'dapat sebarang kesalahan yg tdk sengaje brlku. . .



selamat membaca...
senyum sokmo laaa...

:)

p/s : sebarang info & cerita kemungkinan besar adalah dari pencarian di dalam pelbagai sumber yang t'dapat didalam internet . . . sekian , terima kasih . . . (:


Terima Kasih Membacanya :)